DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU LIZA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Rakan Cikgu Liza

Ahad, 23 Disember 2012

Kanak-kanak Berkeperluan Khas, 
Unit 6-10 (Modul UPSI-PJJ) Unit 6 : Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 
 1. Hellen Keller dalam autobiografinya menyatakan antara buta dan pekak, dia lebih rela memilih sebagai seorang buta berbanding pekak.
 2. Perkembangan bahasa dan pertuturan akan terbantut kesan daripada kehilangan pendengaran.
 3. Perkembangan kognitif dan sosial lambat dan turut mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu pendengaran, bertutur dan terencat akal.
 4. Kamus Dewan mendefinisikan pekak sebagai tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik.
 5. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) menyatakan kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. 
6. Cruikshank (1975) kanak-kanak kurang upaya pendengaran merujuk kepada kebolehan kanak- kanak itu menggunakan deria dengar. 
 7. Smith, Finn dan Dowdy (1993) mendefinisikan bermasalah pendengaran berdasarkan darjah kepekakan iaitu pekak dan kurang pendengaran. 
 8. Dengan mengetahui anatomi telinga dan fisiologi, kita tahu dengan mendalam mekanisme pergerakan bunyi yang dihasilkan di dalam telinga dan masalah yang menyebabkan gangguan pendengaran.
 9. Bahagian telinga terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
 10. Masalah pertuturan, bunyi dan sebagainya boleh dikelaskan mengikut masalah pendengaran iaitu ringan, sederhana dan teruk. 
 11. Masalah Pendengaran ialah : Jenis Konduktif : Tahap sederhana dan ringan. Bunyi yang dihantar ke otak melalui tulang mastoid tidak dapat bergerak dari telinga luar ke dalam akibat tersumbat atau kerosakan pada laluan seperti tahi telinga, sekatan benda asing, kemalangan, kerosakan pada gegendang akibat jolokan, letupan dan lain-lain. Faktor jangkitan seperti jangkitan kronik yang dikenali sebagai Otitis Externa yang disebabkan jangkitan bakteria swimmer's eardan Otitis Media yang disebabkan salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsilitis dan jangkitan hidung serta tekak. Selain itu, ketumbuhan tetulang halus pada stapes (Otosklerosis) pada dinding telinga tengah yang melekat pada jendela bujur. Kehilangan pendengaran tidak melebih 60dB di semua frrekuensi iaitu setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Mereka memerlukan mereka menggunakan alat bantu pendengaran dan juga terapi pertuturan. Jenis Sensorineural : Tahap teruk (severe) dan sangat teruk (profound). Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan dan hanya mendengar bunyi kuat seperti mercun. Kerosakan berlaku pada telinga dalam atau laluan saraf pendengaran (koklea) ke otak. Bunyi kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Keupayaan pendengaran sebanyak 70dB dan ke atas. Tahap teruk 70dB -90dB. Bagi yang amat teruk 90dB ke atas, mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea serta terapi pertuturan. Punca berlaku ialah semasa dalam kandungan iaitu jangkitan virus seperti rubella/german measles, pengambilan dadah, alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan pil Thallidomide. Semasa kelahiran pula ialah anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Selepas kelahiran ialah kemalangan menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam teruk), bunyi bising berterusan dan teruk, pengambilan bahan beracun seperti quinine dan antibiotik, ketuaan, vertiga (pening teruk). Punca akhir ialah keturunan iaitu jika ibu bapa membawa gen dominan (pekak) mempunyai anak pekak sensorineural 50% dan membawa gen resesif adalah 25%. Jenis Campuran : Serentak iaitu jenis konduktif dan sensorineural. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air condition). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua-duanya. 12. Tahap kepekakan : Diukur dengan alat pengukur yang dipanggil audiometer. Ukuran kehilangan pendengaran individu mengikut ukuran unit desibel menurut Williams (1991) dalam Safani Bari (1993). Nilai 10dB ialah kekuatan bunyi untuk pendengaran normal. 16-25dB Minimal (Borderline) 26-40dB Mild 41-55dB Moderate 56-70dB Moderate to severe 71-90dB Severe 91dB-.... Profound 13. Dua cara untuk mengesan kecacatan pendengaran iaitu : Ujian tarikan (distraction test) : Bunyi-bunyian tanpa pengetahuan atau penglihatan untuk melihat tindak balas bayi sama ada dengan gerakan mata, tangan, kaki dan kepala. Ujian pertuturan (speech test) : Arahan-arahan mudah kepada kanak-kanak berumur lebih daripada 12 bulan untuk melihat gerak balas terhadap apa yang disuruh buat. 14. Pendekatan Pengajaran Bahasa : a) Komunikasi Seluruh : Alat komunikasi secara lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu, bacaan bibir, ejaan jari, mimik muka dan sebagainya. b) Bahasa isyarat : Sistem komunikasi visual dan pergerakan tangan iaitu isyarat natif , bahasa isyarat Amerika (ASL) dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Ejaan Jari : untuk mengeja nama khas dan mengeja perkatan yang tiada kod tangan. Memerlukan penguasaan abjad. mempunyai 3 aspek penting iaitu penggunaan pergerakan fizikal, gerakan pandangan dan tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir iaitu serentak dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan. Pertuturan Kiu : pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu petunjuk yang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata dituturkan itu boleh dicam dengan jelas melalui penglihatan dan juga pendengaran walaupun secara kabur. Bacaan bibir : kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya. Auditori Verbal : mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat bantuan pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses normal iaitu menekankan proses mendengar serta bertutur. Guru pendidikan boleh mengendalikan dan mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (Alat bantu belakang telinga), Body Worm Aid (Alat bantu dipakai pada badan), In the Ear Aid( alat Bantu dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang)
 Unit 7: Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)
 1. Attention Deficit Hyperactif Disorder (ADHD) ialah istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah dan di tempat kerja. 
 2. Paul Cooper dan Katherine 2002:9 disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.
 3. Ciri-ciri ADHD ialah tingkah laku yang sukar dikawal oleh rangsangan luar, tumpuan singkat, pergerakan kaki dan tangan yang kerap, menghilangkan barang, gagal mendengar dengan baik, tingkah laku yang tidak sabar dan sebagainya.
 4. Azizi Yahaya et.al (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan merujuk pada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai keadaan hiperaktif impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding perkembangan normal.
 5. Gangguan kurang tumpuan ADD tanpa hiperaktif adalah subkategori ADHD tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat dikawal oleh guru. 
 6. Punca ADHD menurut kajian Friend (2006) adalah keturunan. Menurut Baekley(1998) 80% kanak-kanak ADHD berpunca daripada keturunan dan dipersetujui oleh Lombroso et.al(1988).
 7. Menurut Sandra(2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak tertentu. Menurut Friend, kekurangan electical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
 8. Kategori Hiperaktif terdapat 3 gejala utama iaitu : Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian) : Mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain. Tidak mendengar orang lain, lemah kuasa penumpuan perhatian dan tidak boleh duduk bermain dengan lama. Impulsif (Mengikut dorongan hati) : Tidak pernah merancang dan akan melakukan sesuatu sesuka hati. Tidak mengikut arahan. Hiperaktif (Berlaku terlalu aktif): Tidak boleh duduk diam. Berlari-lari, memanjat, melompat dan sebagainya. Tingkah laku mereka merisaukan ibu bapa. 
9. Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif menurut William Cruickshank (1986) terbahagi kepada dua iaitu: a) Sensory Hyperactive (pancaindera) Lemah dan gagal memberi tumpuan Mudah hilang tumpuan Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang. b) Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) Tingkahlaku yang aktif dan melampau Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.
 10. Ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif ialah; Mudah terganggu Tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu perkara Tidak boleh menyiapkan tugasan Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti Suka buat aktiviti tetapi tak siap Perkembangan bahasa yang lambat 11. Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif ialah ; suka memberontak bertindak sebelum berfikir memerlukan kepuasan dengan segera tidak boleh menunggu giliran suka mengganggu kawan suka mencuri sentiasa bermasalah selalu merosakkan harta benda orang selalu bergaduh dengan rakan kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain suka membuat bising perlakuan secara tiba-tiba degil dan sukar dikawal lemah merancang perlukan perhatian yang lebih tidak suka dengar nasihat tidak tahu mempertahankan diri selalu tukar aktiviti tidak suka dibelai suka menjerit sensitif terhadap bau-bauan suka bermain tanpa mengira bahaya 
12. Ciri-ciri perkembangan motor kanak-kanak hiperaktif ialah ; risau/resah/gelisah : Jika tidak dapat melakukan perkara yang mereka suka. mengelamun/berkhayal : setelah berkhayal mereka akan aplikasikannya. tidak tahu erti bahaya : melakukan perkara di luar kawalan selalu melakukan perkara yang bahaya: memikirkan keseronokan tanpa menghiraukan bahaya. agresif : suka berlari-lari, melompat, memanjat dan sebagainya. tidak berhati-hati tingkahlaku yang memerlukan pengawasan rapi : ibu bapa, orang dewasa perlu mengawasinya. tidak boleh menyesuaikan diri dengan permainan : terutama dalam pasukan kerana dia dengan dunia dia sahaja. tidur lasak, berjalan-jalan, kurang tidur : bertindak cepat tetapi kurang berkesan : penuh semangat untuk buat tugasan tetapi hasilnya tidak ada kualiti kerana tidak mengikut spesifikasi. lemah koordinasi : tidak dapat menyeimbangkan diri atau pemikiran serta perlakuan. 
13. Ciri-ciri perkembangan sosial kanak-kanak hiperaktif ialah : kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. kesukaran pemprosesan auditori (mendengar tetapi tidak faham) pelupa dan tumpuan terganggu gagal untuk cemerlang tidak pandai berinteraksi
 14. Rawatan dan pengendalian kanak-kanak ADHD ialah : Ubatan iaitu Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Namun, jika ubat diberhentikan, kelakuan hiperaktif datang semula. Teknik pengubahsuaian kelakuan oleh pakar psikologi. Pendekatan pembelajaran ; mengurangkan aktiviti kanak-kanak sebaliknya aktiviti yang boleh mengembangkan intelek mereka.
 15. Cara-cara membimbing kanak-kanak hiperaktif oleh ibu bapa @ guru ialah : Bercakap dengan bertentang mata. Arahan hendaklah tepat dan jelas. Buatkan jadual dan pastikan dia mengikuti jadual tersebut. Suruh mereka ulang pelajaran. Berikan ganjaran. Benarkan mereka berehat 5-10 minit. Jangan galakkan permainan yang kasar Galakkan komunikasi dengan guru.

 Unit 8 : Kanak-kanak bermasalah Fizikal 

 1. Menurut Friend (2005), empat konsep yang merujuk ketidakupayaan fizikal iaitu condition (keadaan) : kronik : tidak berubah dan boleh dipulihkan acute : kesakitan yang melampau(serius) tetapi boleh dirawat, diubah dan diubati. progressive disorder : ke arah kematian seperti muscular dystrophy seperti lemah otot-otot badan, kaki, tangan yang tidak dapat mengawal pergerakan badan. Dua jenis muscular dystrophy yang disebabkan oleh genetik iaitu Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) dan Becker Muscular Dystrophy(BMD) episodic : iaitu akibat daripada intensity dan dormant 
2. Definisi kecacatan fizikal adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik yang tidak normal atau prenatal, waktu kelahiran (perinatal) atau setelah kelahiran(postnatal)
 3. Punca kecacatan fizikal (Muscular Dystrophy) ialah akibat genetik ibu iaitu kromosom X dan bercantum dengan kromosom Y daripada ayah menyebabkan anak lelaki mewarisi penyakit manakala dua kromosom X yang diwarisi oleh anak perempuan pula menjadikan mereka pembawa.
 4. Menurut Clark (2007), kecacatan genetik kromosom X penyebab berlakunya Duchenne dan Becker Muscular Dystrophy yang boleh menyebabkan kepada masalah pekembangan otot hati (cardiomyopathy) dan mengalami otot yang lemah. 
 5. Jenis-jenis kecacatan ialah :
 a) Cerebral Palsi : Satu situasi pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerana terdapat gangguan, kecederaan atau kelumpuhan di dalam otak. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu : Spastik : Berlaku pada bahagian konteks motor di mana kehilangan kawalan terhadap otot-otot menyebabkan koordinasi pergerakan menjadi susah. Atetosis : Berlaku pada bahagian basal ganglion. Pergerakan writhing yang perlahan dan tidak boleh dikawal. Bahu, muka, kaki, tangan dan lengan menjadi sasaran. Otot-otot tekak menyebabkan pertuturan payah dan tidak jelas serta masalah mengawal air liur. Ataksia : Disebabkan kerosakan pada bahagian serebelum otak. Pergerakan kekok dan teragak-agak, pertuturan kurang jelas dan sentiasa meliuk-liukkan badannya. Kelumpuhan otak dibahagikan kepada Monoplegia (anggota badan), Diplegia, Hemiplegia, Trilegia, Quadriplegia, Tetraplegia (kaki dan tangan).

 b) Muscular Dystophy : Mengalami masalah perkembangan otot sehingga pesakit menjadi lemah unbtuk bergerak dan pergerakan menjadi lambat apabila umur meningkat. Bermula pada bahu dan pangkal paha, kemudian saraf hati dan paru-paru. Kedua, kesan pada otot betis, jantung dan fungsi pernafasan. Akibatnya hilang keupayaan untuk bergerak dan gagal menggunakan lengan dan tengan secara efektif.

 6. Ciri-ciri kecacatan Fizikal :

 a) Fizikal : Menurut Giulani dan Perangelo (2007), kecacatan fizikal berbeza mengikut jenis Muscular Dsytophy. Menurut Taylor et.al (2009), gejala kecacatan fizikal Duchenne Muscular Dystrophy dapat dilihat antara umur dua dan enam tahun. Menurut Best et. al (2005), kelemahan otot bermula pada lower leg dan otot pelvic girdle. Keseluruhannya mereka menghadapi masalah menggunakan kemahiran motor kerana otot-otot yang lemah. Sehingga satu tahap terpaksa menggunakan kerusi roda.

 b) Intelektual : Menurut Friend (2008), prestasi kanak-kanak ini di sekolah amat menyedihkan kerana kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak Muscular Dystrophy tidak meletakkan harapan tinggi terhadap diri sendiri, ketidakhadiran ke sekolah kerana masalah kesihatan dan tekanan psikologi. Hunt dan Marshall (2005), pesakit Muscular Dystophy yang mengalami pembantutan otak akan ditempatkan di institusi untuk membentuk interaksi sosial dan komunikasi antara pesakit dan komuniti.

 c) Kesihatan : Kegagalan sistem otot akan merebak ke bahagian lain termasuk saraf hati yang memberi kesan pada paru-paru, jantung dan fungsi pernafasan.

 d) Kecacatan tingkah laku : Duchenne Muscular Dystrophy menghadapi masalah perkembangan psikologi dan tingkah laku kesan daripada kesakitan yang mereka alami. Keadaan ini menyebabkan kadar kebergantungan, suka menyisihkan diri dan kemurungan kerana perubahan tubuh badan yang tidak normal. Berlaku perubahan emosi dan trauma apabila kanak-kanak menyedari keadaan dirinya yang tidak normal itu.

 e) Perkembangan sosial : Sangat terbatas. Ada yang menggunakan kerusi roda, braces dan lain-lain. Ada yang mengalami masalah menyuap makanan, menghisap dan menelan malah untuk ke tandaspun bergantung pada bantuan orang lain.

 f) Masalah pendidikan : Menurut Best et al. (2005), kesukaran menguasai kemahiran motor menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah kesukaran untuk menulis.

 7. Rawatan dan pemulihan : Perkhidmatan pakar perubatan untuk pemeriksaan bulanan dan mengulangkaji kes-kes lama serta memberi bimbingan kepada ibu bapa. Rawatan pemulihan anggota termasuk rawatan melalui kegunaan air untuk mengurangkan keadaan spastik dan memperoleh koordinasi. Rawatan pemulihan pertuturan dengan memberi bantuan bilik-bilik kalis bunyi, berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan-peralatan lain. Rawatan pemulihan cara kerja yang menggunakan permainan dan aktiviti-aktiviti yang mendorong kanak-kanak ke arah berdikari dalam melaksanakan tugasan harian, latihan vokasional seperti menjahit, memasak, berkebun dan bertukang. Rawatan pemulihan pendidikan teknik mengajar bantu diri atau kemahiran untuk kehidupan harian misalnya menggunakan tandas, menyuap makanan, memakai pakaian, menanggalkan pakaian, membasuh, memasak makanan mudah, bersiar-siar, membeli belah dan kebersihan diri. Selain itu, mengajar kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran komunikasi yang melibatkan bahasa ekspresif, kefahaman, perbendaharaan kata, pertuturan dan sebagainya. Kemahiran mobiliti seperti duduk, berjalan, berlari, melompat. Kemahiran bermain, dengan menggunakan masa lapang. 


8. Penglibatan ibu bapa dan guru penting untuk mengendalikan pemulihan dan mengoptimumkan kebolehan mereka. 

 Unit 9 : Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan

 1. Perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu : Kementerian Kesihatan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Kementerian Pelajaran Malaysia 

2. Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai 
Hak Kanak-kanak 1989, bahawa semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengira kaum, latar belakang sosial ataupun perkembangan intelek mereka. Ini termasuk keperluan untuk kanak-kanak yang menghidapi pelbgai kecacatan. 

 3. Definisi Kanak-kanak pelbagai kecacatan menurut Dibedita (2003), ialah kanak-kanak yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, pendengaran serta lumpuh. 

 4. Menurut Edward & Yvonne (2007), pelajar yang mempunyai kecacatan pelbagai mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya penglihatan dan pada masa yang sama menghidapi kecacatan pendengaran.

 5. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak berlaku akibat baka iaitu daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. 

6. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pada tahap teruk dan sangat teruk turut menghadapi pelbagai kecacatan ataupun ketidakupayaan lain, namun begitu terdapat juga yang pintar cerdas seperti Hellen Keller yang buta dan pekak tetapi menjadi manusia berjaya. 

7. Masalah penglihatan dan pendengaran (deafblindness) adalah keadaan di mana seseorang individu mengalami masalah untuk mendapat maklumat secara visual dan auditori. 



 8. Penyebab kepada deafblindness boleh dikategorikan kepada dua keadaan iaitu : Diperoleh selepas kelahiran : Berlaku akibat penyakit, kecederaan atau faktor umur. Individu menggunakan maklumat dari penglihatan dan pendengaran yang pernah mereka alami. Ada individu yang cacat pendengaran semasa lahir dan kemudian cacat penglihatan kerana glaucoma atau katarak. Begitulah juga sebaliknya. Kongenital (sejak dilahirkan) : Dilahirkan dengan kedua-dua kecacatan akibat jangkitan semasa mengandung seperti Rubella, Sindrom Down, pengambilan dadah dan alkohol oleh ibu. 

9. Penyebab utama deafblindness :
 a) Sindrom : Down, Trisomy 13 dan Usher
 b) Anamoli congenital : CHARGE Association, Fetal alcohol syndrome, Microcephaly 
c) Pramatang : Aids, Rubela, Sifilis, Toxoplsmosis
 d) Penyebab Post natal : Enceplalitis, Meningitis. 

10. Ciri-ciri kanak-kanak deafblindness yang mempunyai kesan pada pembelajaran ialah :
a) Kesukaran dalam berkomunikasi : tidak boleh mendengar dan melihat. 

b) Persepsi yang terhad : kesukaran untuk mengaikkan dan menggambarkan

 c) Jangkaan : kesukaran menjangka kerana tidak terdengar dan tidak terlihat sebarang kiu 

d) Motivasi : motivasi tidak dapat diberikan kerana tidak dapat lihat dan dengar

e) Pembelajaran berkait : tidak mampu mengaitkan satu perkara dengan yang lain.

 11. Masalah pendidikan yang dihadapi :
 a) Kebolehan membaca dan menulis (literacy) b) Bahasa lisan (Oral Language) c) Matematik 

12. Pendidikan yang disarankan untuk murid pelbagai kecacatan : a) Kurikulum secara individu dan bermakna b) Membuat kurikulum teras yang bermakna c) Pendekatan pendidikan kolaborasi (kerjasama) d) Penglibatan aktif ahli keluarga. 

13. Strategi dan modifikasi yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan ialah : 
a) Intervensi awal 
b) Penglibatan ahli prfesional
 c) Pendekatan kumpulan
 d) Pengurusan fizikal kelas
 e) Intergrasi antara rakan sebaya
 f) Penyelidikan terhadap kemahiran sosial 
g) Murid-murid pelbagai kecacatan dapat memupuk rasa hormat. 
h) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) i) Rancangan keselamatan dalam RPI j) Penjagaan yang rapi 

Unit 10 : Kanak-kanak Pintar Cerdas 

 1. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.

 2. Program pendidikan khusus untuk kanak-kanak berpotensi : 
a) Sistem Ekspress pada tahun 1962 : SR daripada 6 tahun kepada 5 tahun 
b) Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga : awal tahun 1980-an
 c) Persatuan MENSA ditubuhkan pada tahun 1983 : mengenalpasti individu pintar cerdas.
 d) Program BAKA (Uni. Malaya) pada tahun 1985.
 e) Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia ditubuhkan pada tahun 1987
 f) Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas 1990 di Fakulti Pendidikan Uni. Malaya. 
g) Ujian PTS untuk murid Tahun 3 bermula pada tahun 1996 : murid Tahun 3 melangkau ke tahun 5 tanpa melalui Tahun 4. (bertahan selama 5 tahun sahaja). h) Program PERMATA Pintar : agensi kerajaan, IPT dan NGO . UKM melaksanakan program tersebut dengan membina tiga ujian saringan; Ujian PERMATA Pintar UKM 1, UKM 2, UKM 3. 

3. Definisi Kanak-kanak Pintar Cerdas menurut Perkins (2003), kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Manakala berbakat pula merujuk kepada pelajr yang lebih menonjol daripada pelajar- pelajarsebaya dengannya. 

 4. Menurut Munirah (2008), kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan. Mereka mempunyai darjah kecerdasan luar biasa, yang disarankan untuk mengikuti program pendidikan yang khusus. Sistem pendidikan biasa akan menyebabkan kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat mengembangkan bakat dan daya kepintaran. 

 5. Renzulli dan Merilyn (2006), mencadangkan bahawa bakat meliputi tiga dimensi iaitu above avarage ability, task commitment dan creativity. 

 6. Gardner (1993), berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh skor ujian semata-mata. Beliau mengemukakan sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan untuk kanak-kanak pintar cerdas iaitu: kinestetik : kecekapan menginterprestasikan pergerakan anggota atau tubuh untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. naturalis : kepintaran tentang seluruh alam, prihatin dan penyayang pada alam. Contoh : Steve Irwing logik matematik : kecerdasan dalam matematik. Contoh Sofia Yusof. muzikal : kepakaran dalam prestasi, komposisi, apresiasi dan menyusun bola muzik, nada dan irama. Contoh Tan Sri P. Ramlee verbal linguistik : penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan bahasa yang kompleks. Contoh Dr. Rais Yatim, Prof. Diraja Ungku Aziz. Visual ruang : Memiliki kecerdasan dan peka pada warna, garisan, bentuk, corak dan ruang di sekeliling mereka. Contoh ; Dato. Jimmy Choo interpersonal : memahami perasan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Contoh: Datuk Dr. Fadzillah Kamsah. intrapersonal : kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam, kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contoh : Datuk Siti Nurhaliza 

7. Punca dan ciri pintar cerdas ialah : persekitaran : Howe et. al (1998), menyatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa dan guru yang berada di sekelilingnya sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pranormal (0-6tahun) biologikal : Glynis (2006) menyatakan kepintaran dan bakat seseorang mempunyai komponen genetik. Kecerdasan dalam muzik dan matematik dan ciri-ciri lain dari generasi kepada generasi bermula daripada datuk dan nenek seterusnya pada ibu dan bapa.

 8. Penilaian (Assesment) untuk kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk belajar, memahami atau deal dengan situasi baru. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Intelligence Test) : oleh Alfred Binet, untuk pelajar pintar di Perancis , ujian berdasar mental age dan chronologikal age (umur mental dan umur kecerdasan) Ujian Kecerdasan Wechsler (Wechsler Intelligence Scales): oleh David Wechsler ahli psikologi Amerika. Skor berdasarkan perbandingan individu dengan individu-individu yang lain. Raven's Progressive Matrices : oleh Dr. John C Raven (1936) yang merupakan ujian yang menawarkan corak atau pecahan; Standard Progressive Matrices, Clored Progressive Matrices dan Advanced Progressive Matrices. Ujian PERMATA Pintar UKM : dijalankan oleh UKM untuk ujian IQ saringan 1setara dengan Raven's , saringan 2 setara dengan ujian WISC-IV dan saringan 3setara dengan ujian Stanford Binet.
Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik - adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata - bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa. Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa. ************ Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa. a) makna dan simbol b) pemberian makna kepada setiap simbol c) abstrak dan konkrit Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka . Namun, ayat itu memberi makna lain jika konteks ayat ditambah. Ayat taksa yang tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca. Ayat taksa yang tidak menepati nahu yang tepat membuat pembaca keliru. Ayat taksa tidak jelas dan kabur iaitu dari segi logik ayat. Ayat yang betul dan tepat nahunya tetapi jika tidak dibaca dengan intonasi yang betul akan menimbulkan ketaksaan makna. Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan. Percanggahan makna dalam ayat ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti dan berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan. Contoh jemput hadir. kedatangan diwajibkan. Kesimpulan : Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan atau ujaran bolehlah didefinisikan sebagai ketaksaan makna. Jenis ketaksaan makna : a) Kekaburan rujukan : contoh belukar - hutan b)ketidakpastian makna : makna yang tidak jelas, contoh; buku adik c) kurang ketentuan pada makna item : contoh ; jiran d) pertentangan pada penentuan makna item : arahan kurang jelas, pertentangan tafsiran Faktor ketaksaan makna : hubungan makna dengan alam ketaksaan leksikel iaitu homomim dan akibat polesemi. Sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam ayat. Contoh; bunga (di taman, anak gadis) *********** Jenis-jenis makna 1)Makna Denotatif : makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar. 2)Makna Konotatif : makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. 3)Makna Konseptual : makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. 4)Makna Leksikal : berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa; makna sesuatu perkataan itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Leksikograf ialah penyusun kamus. Leksikologi ialah kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Leksikon ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu bidang. a) Semantik Leksikal: makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis kemponensial b)Fonologi leksikal : kata, nada dan maksud c) Kata kerja leksikal : kata kerja perbuatan dan bukan perbuatan 5)Makna Etimologis : kajian tentang asal usul dan perkembangan perkataan. Istilah etimologi daripada Yunani iaitu eumos bermaksud betul atau benar dan logos yang bermaksud ilmu. Bahasa yang diambil daripada bahasa lain atau diubah disebut etimon. Menurut Ullman, terdapat enam sebab perubahan makna iaitu linguistik, sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan perkataan baru. a) Prinsip Etimologis sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik ini harus dikesan sepanjang zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa yang lebih tua dan seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman sehingga mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Contoh, etimologi merupakan usaha sejarah; kopi dari Arab iaitu qahwah yang dipinjam daripada bahasa Turki iaitu kaveh kemudian kosa kata Eropah iaitu caffe dan akhirnya bahasa Melayu menjadi kopi. 6)Faktor Perubahan Makna : Makna bahasa diperoleh daripada ujaran dan tulisan. Perubahan makna berlaku disebabkan oleh : a) Faktor perkembangan bahasa itu sendiri; contoh tangan & menangani b) Faktor tanggapan penutur; contoh : abang c) Faktor peluasan maksud; semangat (roh, jiwa - perasaan ) d) Faktor pembatasan atau penyempitan maksud; contoh: daging, sarjana, pendeta e)Faktor tujuan simbolik atau stilistik; contoh : bunga dan kumbang (gadis dan teruna), maksud personifikasi dalam puisi. 7)Makna Afektif : berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir. Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus). 8)Makna Gramatikal : makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna. 9)Makna Tematik : disampaikan melalui susunan bunyi , susunan kata, fokus dan juga tekanan. Ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat pasif dan ayat aktif. Adik menendang bola. Bola ditendang oleh adik yang mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Contoh; Ali anak doktor Kasim kemalangan semalam. Makna tematik akan difahami setelah dikomunikasikan oleh pembaca atau penulis baik melalui urutan kata-kata, fokus pembicaraan mahupun tekanan suara. Contoh ; Saya sayang awak. @ Saya sayaaaaaang awak!. Makna tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas sepertimana ayat yang diujarkan. 10)Makna Gaya : Gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya mereka seperti novel, sajak, cerpen dan sebagainya. Gaya bahasa apabila bercakap, menulis dapat dinilai dari sudut perkataan, ikatan ayatnya, jalan bahasanya atau bentuk peribahasanya. Hal ini berkaitan kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini, sifat ketamadunan dan adat resam. Gaya bahasa ini mengenai : a) Bahasa figuratif : perluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. Penulis karya yang kreatif akan membawa pembaca ke dunia baru dengan bahasa figuratif. Contoh metafora ( perbandingan antara dua benda untuk memberi persamaan sifat objek, contoh Aliah jinak-jinak merpati), alusi (rujukan ringkas kepada orang, tempat atau peristiwa yang terkenal dengan grafik, contoh: syurga di telapak kaki ibu), Simile ( perbandingan bersifat eksplisit iaitu perbandingan secara langsung yang sama dengan benda lain, contoh : seperti, sama, bagaikan, sebagai, laksana dan sama ), Personifikasi ( menggambarkan benda-benda bukan hidup dengan sifat-sifat kemanusiaan seolah-olah hidup seperti manusia, contoh : daun melambai, bukit mengamuk), Ironi ( menyatakan sesuatu dengan maksud yang berlawanan, bukan maksud sebenar tetapi lebih pada sindiran atau penipuan, contoh : Awaklah paling cantik .Hakikatnya tidak cantik. ),Hiperbola (gaya bahasa melebihi maksud perkataan. Perkara yang kecil diperbesarkan., contoh : Matanya merah menyala, menyinga dan sebagainya) b)Bahasa Dialek : variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Ragam bahasa dialek berbeza dengan suatu ragam bahasa lain berdasarkan ciri-ciri penyebutannya, kosa kata, tatabahasa dan suasana sosial tertentu. Dialek yang popular ialah dari Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. c)Gaya bahasa berirama : Gaya bahasa puisi yang bertujuan untuk memperindah bahasa dan menimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain. Antara bahasa berirama yang boleh diaplikasikan pengarang ialah pantun, syair, sajak, pepatah atau bidalan serta bait-bait lagu. Karya klasik menggunakan bahasa berirama seperti prosa-prosa berbentuk hikayat, cerita-cerita panji. d)Ekspresi pengarang : Gaya penulisan seseorang membuktikan karyanya asli, memperlihatkan identiti diri dan tidak dan diketahui penulisannya dipengaruhi oleh pengarang lain atau tidak. Gaya penulisan sama ada lebih baik, menarik atau sebaliknya membosankan. Pengaruh gaya penulis lain dapat membuka minda dan ruang lingkup pemikiran seseorang penulis. Peniruan juga merupakan proses pembelajaran untuk menulis bagi mencari identiti sendiri. 11)Makna Asosiatif : makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan kesucian. ) 12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah, kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak. 13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.) 14) Makna kata : Makna kata adalah makna dasar sesebuah kata berhubung dengan makna sesuatu perkataan apabila berada dalam sesuatu konteks ayat. ( Contoh : makan; memasukkan sesuatu ke dalam mulut, makan hati : tersinggung atau tersentuh ) 15) Makna istilah : mempunyai makna yang pasti , jelas dan tidak meragukan meskipun tidak berada dalam konteks ayat. Istilah hanya digunakan pada bidang ilmu atau kegiatan tertentu. (Contoh : lengan dan tangan ; dalam bidang kedoktoran mempunyai makna yang berbeza.) 16)Makna Idiom : satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal dan makna gramatikal dalam pembentukannya. Terdiri daripada dua bentuk iaitu idiom penuh( idiom yang secara keseluruhannya merupakan satu kesatuan dengan makna) dan idiom sebahagian (masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri tetapi terdapat kekeliruan terhadap penggunaan idiom, ungkapan dan metafora). 17)Makna Peribahasa : suatu kiasan/bahasa/bunga bahasa dalam kata-kata yang menggunakan kalimat/kelompok kata untuk menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksudnya berlainan daripada makna asalnya. Tujuannya adalah sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan. 18)Makna kontekstual : berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu. (Contoh : Kepala : rambut di kepala, sebagai kepala sekolah, kepala surat) 19)Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. (Contoh : makan, cerdik, kasut dan lain-lain). ************************ Peribahasa ialah satu bayangan falsafah dan pemikiran bangsa yang memperkaya khazanah bangsa. Selain itu, peribahasa memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi yang tinggi bagi masyarakat pengguna bahasa itu. Peribahasa mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling sebagai pedoman kepada masyarakat. Peribahasa sebagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dan hubungan sesama manusia sebelum kewujudan undang-undang. Peribahasa digunakan sebagai komunikasi yang mengajar kita untuk berkomunikasi secara lembut dan berbudi bahasa. Peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menyampaikan sesuatu maksud tersirat secara halus sebagai kiasan, sindiran dan teguran bagi menyembunyikan kata-kata kesat atau kasar. Susunan pada peribahasa adalah tetap dan tidak boleh ditukar (ayat pasif menjadi ayat aktif) Cabang peribahasa ada banyak pendapat. a) Rubiah Aksah (2005) menyatakan ada lima cabang iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, serta kata-kata hikmah. b) Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1993) ada empat cabang iaitu simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan dan bidalan. c) Za'ba :terbahagi kepada dua iaitu 1. peribahasa; pepatah, perbilangan, bidalan, perumpamaan, lidah pendeta. 2. kiasan ; kiasan, ibarat dan tamsil (persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh. Perumpamaan : susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang membandingakn sesuatu dengan benda lain. Setiap kata dalam perumpamaan adalah diumpamakan dengan sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat. Perumpamaan menggunakan kata bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana dan seperti, bagai, ibarat. Kata bandingan dalam perumpamaan di hadapan ayat. Contoh ; Laksana golok kayu, ditetak tak makan dijual tak laku, Bagai burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung, Umpama membungkus api. Kata bandingan dalam perumpamaan di tengah-tengah ayat. Contoh ; Pantas seperti lipas kudung, Pekak macam badak. Perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk ini biasanya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya; bersaksi ke lutut, potong hidung rosak muka, getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh, Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan masyarakat. Bersifat sangat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran. Nilai-nilai murni dalam pepatah untuk menyatukan anggota sesebuah masyarakat, membentuk tamadun, gambaran tentang sikap dan nilai anggota masyarakat, pendidikan, membentuk keperibadian agar lebih bijaksana dan penyayang. Bidalan adalah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi nasihat, peringatan, bimbingan, teladan, dan sebagainya. Hampir menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan di mana bidalan lebih kerap digunakan dalam kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti, hendaklah, jangan, lebih baik, biar, harus, usah dan ini yang membezakannya dengan perumpamaan. (contoh; jangan pijak terpijak, biar bodoh bersuluh, jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit, baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal. Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang membawa maksud yang tepat dan padat. Menurut Za'ba, simpulan bahasa terhasil daripada: a) perbandingan atau kiasan cerita masyhur. (Contoh; Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang) b) benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling (Contoh ; mandi kerbau, kutu embun) c) kepercayaan orang ramai. (Contoh; harimau berantai, buruk siku) d) kebiasaan atau resaman bahasa. (Contoh; ada hati, gila bahasa, beri muka) Ciri-ciri simpulan bahasa terbentuk daripada; a) penggunaan kata nama ( anak buah, buah tangan, lipas kudung) b) penggunaan kata kerja ( ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga. c) kata adjektif ( besar kepala, bodoh sepat, kecil hati) d) kata nama khas ( Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk) e) nilai kepercayaan (air pinang, batu buyung dan makan bulan) f) berkaitan dengan tubuh badan; (gigi air, mata keranjang, telinga kuali, lidah bercabang) g) berkaitan dengan haiwan (saudara anjing, akal kancil, biawak hidup) h) berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ( durian runtuh, diam ubi, tangkai jering) i) lain-lain kategori ; ( cincin tanda, jadi abu, serkap jarang, kurang ajar) ***************** Semantik : kajian makna Pragmatik : menghuraikan makna berdasarkan konteks. Sintaksis : pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan) tentang susunan kata dalam ayat. Sinonim :sama erti/makna Antonim : berlawanan Hiponim : kata yang terangkum dalam makna kata yang lain [ Binatang (Hiponim/Superordinat) : Lembu, kambing, ayam, itik (Hipernem/subordinet) ]. Terdiri daripada 2 jenis iaitu hiponim tulen dan hiponim umum. Polisem : mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. [hulu sungai : hulu parang , pangkal lidah : pangkal pokok] Homomim : mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna. [kata banyak makna seperti gugur, bunga, dingin] Homograf : mempunyai kesamaan ejaan dengan perkataan lain tetapi berbeza makna [ semak, rendang, perang ] Homofon : perkataan yang sama bunyi dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya Leksikografi : kajian tentang makna dan penggunaan perkataan. Kamus ekabahasa, dwibahasa dan aneka bahasa. morfem : satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu; Contoh 'Perumahan ' ;'rumah' : morfem bebas manakala 'per-' dan '-an' morfem terikat. fonem : unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. fonetik : ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. wacana : kesatuan ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan, pertukaran idea dalam bentuk tulisan atau lisan. Lakuan bahasa : ketika berkomunikasi, setiap pertuturan mempunyai makna yang tersirat [ pernyataan, amaran, perintah, menanya soalan, membuat janji, ugutan ]
Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Unit 5 : Pertubuhan Bahasa dan Persuratan Melayu Pejabat Karang Mengarang (PKM) : ditubuhkan di MPSI pada tahun 1924 bagi menggantikan penterjemah di sana. Tujuan menerbitkan buku-buku bacaan umum dan perpustakaan besar. Za'ba menjadi ketua pengarang dan penterjemah kanan R.O. Windstedt dan O.T. Dussek menjadi penasihat dibiayai oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Penerbitan : Buku-buku sekolah; Malay School Series, buku bacaan sekolah, buku teks dan buku umum. Penterjemahan : Sang Lamri, Cerita Sherlock Holmes. Za'ba : Cerita-cerita suka Shakespeare, Cerita-cerita duka Shakespeare. Peraduan Mengarang cerita pada awal 1950. Dibubarkan pada tahun 1957 dan diambil alih oleh Balai Pustaka 1956. ************ Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) : ditubuhkan di Johor Bahru 1888 dan pengasas pertubuhan ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. Matlamat : memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu serta memelihara tulisan Jawi. Peranan : Peredar atau jurnal enam bulan sekali, menubuhkan perpustakaan, penyebaran ilmu pengetahuan, perjumpaan untuk membincangkan isu-isu bahasa, ceramah, kegiatan bahasa, penghasilan buku, tentang sejarah, riwayat perjalanan, dan kamus. ************ Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) : ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 selepas tamat Perang Dunia Kedua. Ahli-ahli ASAS 50 ialah golongan pemuda kelas bawahan yang mempunyai cita-cita dan idealisme. Antaranya ialah Jymy Asmara, Mohd Arif Ahmad Rosmera (MAS), Asraf, Masuri SN, Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Warrant), A. Samad Said, A. Samad Ismail. ASAS 50 : penggerak utama dan menghimpunkan lebih 20 persatuan bahasa dan budaya dari Singapura dan Tanah Melayu. Kongres ini telah berjaya menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi. 11 Jun 1956, ASAS 50 menghantar memorandum untuk memastikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Tanah Melayu selama sepuluh tahun. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru dan Singapura (1956), penyatuan bahasa Melayu Malaya dan Indonesia. Peranan bahasa Melayu di sekolah untuk kepentingan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik. Perjuangan politik melalui parti politik dan melalui pertubuhan yang bersifat bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Sumbangan ASAS 50 :karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak, kritikan sastera, mengadakan ceramah awam dan radio. Karya penulis ASAS 50 disiarkan di dalam majalah : Mutiara, Kencana, Utusan Zaman, Hiburan dan Mastika. Kegiatan ASAS 50 masih wujud tetapi terbatas di Singapura sahaja. ************** Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) : Ditubuhkan pada 23 Oktober 1970 (NGO) yang bergiat aktif dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu. Bermula apabila PENA bersama dengan 13 persatuan penulis bertemu DBP untuk menyatukan semua persatuan penulis. Sehingga kini terdapat 22 persatuan dari seluruh Malaysia. Antara peranan GAPENA ialah : a) menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan. b) mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis. c) memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita gabungan. d) mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka. e) menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal ialah bahasa Melayu. f)mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih. g) berusaha memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. *************** Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu : perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya serta para cendekiawan Melayu. ( Sehingga hari ini telah diadakan tujuh kali kongres iaitu 3 kali sebelum merdeka dan selebihnya...) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 : 12 dan 13 April 1952 di Hotel Sea View Singapuran. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 2 : 1-2 Januari 1954 di KGV Seremban Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 3 : 16 - 21 September 1954 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 4 : 7-10 Disember 1984 di Dewan DBP untuk menilai prestasi pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 5 : 2-3 Mei 1998 di DBP : melafazkan "sumpah bahasa" Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 6 : 5 September 2002 di Dewan Tun Abdul Razak , Tanjung Malim, Isu yang dibincangkan ialah mengekalkan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Kaedah berkesan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 7 : 6-8 November 2006 di DBP. Isu tentang kebudayaan, bahasa, sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahasa Malaysia. ************** Dewan BAhasa dan Pustaka :ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru yang ketika itu dikenali sebagai BAlai Pustaka. 1959 : DBP dinaiktaraf menjadi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan diberi kuasa otonomi untuk menggubal dasar, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku. Tokoh-tokoh yang memimpin DBP ialah : Prof. Diraja Ungku Aziz (1956-1957) Tujuan penubuhan DBP ialah : a) Memartabat bahasa Melayu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta bahasa Kebangsaan 163/67 b) Melaksanakan peraturan atau garis panduan. c) Pengembangan bahasa Melayu 'Cintai Bahasa Kita' d) Program Gerakan Bahasa Kebangsaan e) Mengendalikan kursus, ceramah, taklimat di sektor awam dan swasta. f) Perancangan korpus g) Kerjasama dengan MBIM dan MABBIM bagi memantapkan sistem ejaan baru. h) Penyusunan kamus : ekabahasa, dwibahasa, ensiklopedia, pembinaan bakat pengarang, sastera dll i) Pembentukan istilah oleh JKI bagi pelbagai bidang ilmu dan disiplin terutama dalam bidang teknikal, laras undang-undang dan sains. j) Revolusi TMK : Portal KaryaNet k) Media penyiaran : Siaran Citra DBP di radio l) Mendenda yang mencemar bahasa - RM1000/ *********** Majlis Bahasa Brunei- Indonesia - Malaysia (MABBIM) : bermula pada Disember 1972 dikenali dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysi (MBIM) kemudian disertai oleh Brunei pada tahun 1979 dan secara rasmi 1984. Perkembangan bahasa, sastera dan budaya di rantau ini. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dilancarkan pada tahun 21 Ogos 2001 termasuk negara luar seperti dari Universiti Melbourne, Universiti Texax dna universiti Moscow dan lain-lain lagi. ************ Unit 6 : Sumbangan Tokoh-tokoh Bahasa dan Persuratan Melayu Tokoh-tokoh Bahasa Melayu zaman pramoden ialah : a) Ibrahim bin Syukri (1838M) tentang kerajaan Patani berjudul Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Ada pengaruh Arab dan bahasa Melayu klasik (hatta dan syahdan) b) Sheikh Daud Abdullah (1838M), buku terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu iaitu Fur u'al-m asa'il. Banyak perkataan Arab dan perbendaharaan bahasa Melayu. c) Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796 - 1854M) dilahirkan di Kampung Masjid Melaka tetapi menghabiskan masa di Singapura kerana mengajar bahasa Melayu kepada Sir Stamford Raffles, Paderi Thomson, Milne, Keasberry dan Crawford. Karyanya Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Abdullah, Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah, Dewa Ul-Khulub, Majalah Bustan Arifin. Selain itu, terjemahan karya dalam bahasa Hindi dan Inggeris. Beliau turut memperbaiki Sejarah Melayu dan Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri. Tulisannya lebih jelas, tepat dan tajam dan menggunakan bahasa biasa. Beliau perintis pada perubahan besar kepada kesusasteraan Melayu Moden. d) Raja Ali Haji (1809-1870) , mempunyai pendidikan Arab dan hidup dalam kalangan istana di Pulau Penyengat. Mengekalkan unsur bahasa Melayu klasik. Karyanya merangkumi agama, bahasa, sastera, politik, filasafat, hukum,sejarah dan undang-undang. Antaranya ialah Bustanul-Katibin (Kitab Perkebunan Jurutulis), Kitab Pengetahuan Bahasa, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis, Tuhfatul Nafis (sejarah kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi), Syair dan Pantun dan Gurindam 12 (tentang persoalan ibadah, perseorangn, kewajipan raja, kewajipan anak kepada orang tua, tugas orang tua pada anak dan sifat bermasyarakat).. e) Pengiran Muhammad Salleh merupakan cendekiawan Brunei mencipta syair iaitu Syair Rakis mengisahkan perjalanan pulang ke Brunei dari Mekah. Syair Rakis lebih tersusun dan pengaruh bahasa Arab tidak begitu ketara. Bahasa mudah difahami dan tidak mengelirukan. f) Muhammad Ibrahim Munshi melanjutkan cita-cita ayahnya iaitu menyusun nahu bahasa Melayu, menghasilkan karya Kitab Pemimpin Johor, menubuhkan satu organisasi iaitu Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa pada tahun 1888 (menterjemah istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kemudian, ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja dengan dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak. g)Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir al-Hindi menghasilkan buku ilmu pengetahuan dan ilmu bahasa. Alang Ahmad karya terjemahan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Munshi Sulaiman pula ke arah kumpulan bidalan dan teka teki. h) Munshi Muhammad Said pengarang pertama akhbar Jawi Peranakan, iaitu akhbar Melayu pertama diterbitkan di Tanah Melayu pada tahun 1876. *********** a) Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) : Lahir pada tahun 1895 di Bukit Kg Kerdas, Jempol Kuala Pilah. Menerima pendidikan formal dan keagamanaa di Sekolah Melayu Linggi, kemudian di Institusi St. Paul dan merupakan orang Melayu pertama lulus cemerlang Senior Cambridge Examination. Menjadi guru sekolah di Johor Bahru, kemudian ke MCKK, UPSI dll. b) Asmah Haji Omar : dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940. Sumbangannya dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Menghasilkan 45 buah buku akademik berkenaan ilmu linguistik yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu UM. c) Nik Safiah Karim : dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kg Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Prof. Emeritus adalah anugerah dari Universiti Malaya serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002. Seorang tokoh dan cendekiawan ytang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Pengasas Persatuan Linguistik Malaysia . Terlibat dengan pergerakan wanita untuk pendidikan terutama di kawasan pedalaman. Mendapat Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah - Avon dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuan pada 1995. Banyak menyumbang penulisan dan penyertaan dalam persidangan sama ada mengenai isu wanita mahupun bahasa. ************ Sumbangan Johor- Riau Sumbangan Tokoh Barat Peranan Golongan Wartawan dan Media Massa

Jumaat, 27 Julai 2012

Selamat berpuasa

Telah agak lama tidak menjengah blog lantaran kekangan masa dan bebanan tugas di sekolah.
E-pangkat, e-operasi ,e- daftar...dan entah apa -apa e lagi.Tinggal beberapa hari sahaja lagi anak-anak didik tahun enam akan menghadapi UPSR. Murid nampak relaxxxxx ,guru yang pening kepala.Di tambah suasana berpuasa dan cuaca yang begitu panas...... aduh mencabar sungguh.Apa pun harapan dan doa semoga semua anak didik dapat melaksanakan tugas dengan bersunguh-sungguh dan seterusnya berjaya dalam UPSR nanti.Jangan jadikan alasan berpuasa untuk terus relax.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...