DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU LIZA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Rakan Cikgu Liza

Rabu, 14 Mac 2012

CONTOH KARANGAN







Contoh karangan  peribahasa.

1. Gagal sekali  bukan bererti gagal selamanya
Kegagalan merupakan lumrah dalam kehidupan kita. Setiap orang pasti  mengalami kegagalan baik secara kecil ataupun besar. Kita tidak boleh mengalah dengan kegagalan yang kita hadapi .
Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Kegagalan mengajar kita tentang kesilapan kita. Melalui kegagalan juga, kita dapat memahami  kekurangan diri. Setelah mengetahui  kelemahan diri, kita perlu perbaiki kelemahan tersebut agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Kebiasaanya setiap orang yang berjaya menemui kegagalan pada mulanya. Lagi besar kegagalan yang dialami,  maka lebih besarlah kejayaan  yang akan mereka peroleh. Ini kerana kegagalan mengajar kita erti ketabahan dan ketekunan. Jika kita membuat sesuatu perkara itu dengan bersungguh- sungguh , nescaya suatu hari nanti pasti kita akan berjaya.
Keputusan untuk tidak terus berjaya hanya kerana gagal ialah satu keputusan yang merugikan. Walhal, kegagalan itulah yang akan memantapkan pemikiran kita.


2. Masa itu emas
Pepatah  ada menyebut "masa itu emas". Oleh itu, kita mesti merancang agar masa tidak terbuang begitu sahaja.
Kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca.membaca juga dapat memberi hiburan, contohnya membaca buku cerita, novel  dan cerpen.
Masa terluang juga boleh diisi dengan hobi yang digemari seperti memancing ataupun mengumpul rantai kunci, mengumpul lencana dan sebagainya,.Hobi seperti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malahan dapat meningkatkan pengetahuan kita.
Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan bersukan dan beriadah.Pelbagai bidang sukan boleh kita pilih mengikut minat  kita.Contohnya bermain badminton, ping pong ataupun bermain bola. Badan kita juga akan berpeluh dan sihat.
Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan melancong ataupun mengikuti program lawatan. Bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan". Dengan melancong,  masa kita terisi dan pengetahuan turut bertambah terutamanya apabila melawat tempat-temp;at yang bersejarah dan tempat peranginan.
Kesimpulannya, masa sangat berharga kepada kita. Oleh itu kita mestilah bijak menggunakan masa  dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...