DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU LIZA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Rakan Cikgu Liza

Sabtu, 21 April 2012

RPH Pengajaran Mikro




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :            Bahasa Melayu
Tahun:                            6 Berjaya
Bilangan murid :            20  orang
Hari:                               Rabu
Tarikh:                           4 April 2012
Masa:                           10.35  -11.35 pagi
Tajuk:                            Permainan tradisional
Penggabungjalinan kemahiran
Fokus utama
8.5 Aras 1 (i)   Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
8.5 Aras 1 (ii)  Menggunakan  penanda wacana yang sesuai dalam ayat
Fokus Sampingan
3.1 Aras  1  (i)  Mengelaskan maklumat  berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan
Objektif
Di akhir pelajaran murid akan dapat:
1.Menyenaraikan lima penanda wacana yang terdapat dalam petikan teks “Permainan
   Tradisional”
2.Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana yang telah disenaraikan
Pengetahuan sedia ada:
1.Murid pernah bermaian wau dan congkak
2.Murid pernah belajar tentang penanda wacana dalam pengajran yang lepas.
3.Murid  boleh membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
Kemahiran berbahasa
-Bertutur dan mendengar
-Membaca
-Menulis
Bahan bantu mengajar
Petikan teks,Kertas A 4 , Kad manila, papan tulis,  sampul berwarna, congkak
Sistem bahasa
Tatabahasa – penanda wacana
Sebutan dan ejaan
Kemahiran bernilai tambah
Pembelajaran koperatif   
KBKK-menjana idea, mengelas dan membuat kaitan dan perhubungan
Pengisian kurikulum
1.      Ilmu   :             Pendidikan jasmanai dan kesihatan
2.      Nilai   :            Kerjasama,hormat –menghormati,keberanian,kejujuran

 Langkah/ Masa
Isi pelajaran
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan

Set induksi

(5 minit)

Bersoal jawab tentang objek maujud


Guru menunjukkan papan congkak kepada murid
Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan objek yang ditunjukkan



Murid memberikan perhatian dan menjawab soalan guru.






BBM
Congkak,

Ilmu :
 Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Nilai:Kejujuran
KBT:
KBKK-Menjana idea


Langkah 1

(15 Minit)




Mengelaskan permainan tradisional mengikut jenis
Guru menerangkan kepada murid tentang permainan tradisional.
Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan .

Guru meminta wakil kumpulan datang ke hadapan dan melengkapkan jadual.

Murid mendengar arahan guru.






Murid membentuk kumpulan.

Wakil kumpulan melengkapkan jadual.


Murid menyemak bersama guru
BBM:
Papan tulis,kertas mah-jong kad manila.




Ilmu:Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Nilai:
Keberanian dan kerjasama
KBT:Pembelajaran koperatif
KBKK
Mengelaskan


Langkah  2

(15 minit )
Menggariskan penanda wacana yang terdapat dalam teks













Membina ayat bagi pennda wacana yang telah disenaraikan





























Guru mengedarkan petikan teks kepada murid.
Guru meminta murid membaca petikan secara senyap.Kemudian  membaca secara kuat –individu dengan nada dan intonasi yang sesuai.
Guru bersoal jawab
tentang petikan.
Guru meminta murid menggariskan penanda wacana yang terdapat dalam petikan.
Guru meminta wakil kumpulan datang ke hadapan dan memilih sampul berwarna tentang Penanda wacana seperti yang tersenarai dalam petikan.
Guru meminta murid membina ayat berdasarkan penanda wacana yang telah dikeluarkan dari sampul dalam kertas A 4 yang diedarkan oleh guru.
Setiap kumpulan diminta membina ayat.
 Guru meminta wakil kumpulan membacakan ayat yang telah ditulis.

Guru menyemak jawapan bersama murid.

Penanda wacana
-oleh sebab itu
-seterusnya
-oleh yang demikian
-namun begitu
-sementara itu

Murid menerima petikan teks.



Murid membaca petikan dengan sebutaan dan intonasi yang betul.


Murid menjawab soalan guru tentang petikan yang dibaca.
Murid menggariskan penanda wacana dalam petikan.

Wakil kumpulan membuat cabutan.





Setiap kumpulan membina ayat berdasarkan penanda wacana yangb telah dipilih



.








Murid menyemak jawapan bersama guru





BBM:
Petikan teks Permainan Tradisional,

Papan tulis, kertas A4, sampul berwarna.


Ilmu:
Pendidkan Jasmani & Kesihatan


Nilai:
Kersajasa dan hormat menghormati


KBT:
Menjana idea
Pembelajaran koperatif


Langkah 3
(20 minit)
Membuat ulasan tentang gambar permainan tradisional yang ditunjukkan
Guru menayangkan
gambar wau dan congkak di layar
Guru meminta setiap kumpulan memilih salah satu gambar yang mereka suka dan kemudian murid dikehendaki membuat ulasan tentang  gambar yang dipilih berdasarkan ciri-ciri seperti berikut:
-Tempat bermain
-Bilangan pemain
-Waktu/masa dimainkan.
Guru mengingatkan murid supaya menggunakan penanda wacana yang telah disenaraikan dalam ulasan yang dibina.
Guru meminta wakil kumpulan membaca ulasan yang telah dibina.

Murid menumpukan perhatian semasa guru menampal gambar wau dan congkak.
Setiap kumpulan memilih salah satu gambar yang ditunjukkan dan membuat ulasan tentang  gambar yang dipilih dengan menggunakaan penanda wacana yang telah disenaraikan.


Wakil kumpulan membacakan ulasan



BBM:
Papan ataulis,gambar wau dan congkak



Ilmu:
Pendidikan Jasmani & Kesihatan



Nilai:Kerjasama





KBT:
KBKK-
Menjana idea,membuat kaitan dan perhubungan pembelajaran koperatif


Penutup
(5 Minit)

Merumus isi pelajaran dan menyanyikan lagu layang-layang
Guru merumuskan isi pelajaran dengan bersoal jawab bersama murid.




Baca teks di bawah dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Permainan Tradisioanal – Congkak dan Wau
            Permainan tradisioanal adalah sebahagian daripada cara berhibur bagi masyarakat pada zaman dahulu. Permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam masyarakat setempat. Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.Ada di anatara permainan ini tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.Walau bagaimanapun, ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga ke hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,congkak, wau selambut sepak raga, gasing dan lain-lain lagi.
            Terdapat dua jenis permainan tradisional yang masih mendapat perhatian sehingga ke hari ini, iaitu permainan wau dan congkak. Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk- penduduk kampong. Wau direka dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama yang tersendiri seperti wau burung,wau pari,wau katak,wau bayan dan wau barat. Namun begitu, wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Permainan wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur talinya sehinggalah wau itu tinggi di udara. Oleh sebab itu, wau perlu dimainkan di kawasan lapang seperti di padang ataupun di sawah padi.
            Sementera itu, permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan itu memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam permainan ini ialah papan congkak dan buah congkak.Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampong”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil  “rumah”. Permaian ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji “ buah” ke dalam setiap “kampong” sendiri dan seterusnya memasukkan ke dalam “rumah”. Seterusnya “buah” hendaklah dimasukkan ke dalam “kampong”  lawannya. Jika ia singgah  di “ kampong” lawan yang tidak ada “buah”, maka dia dikira “mati”. Permainan ini biasanya tidak memerlukan kawasan khusus untuk dimainkan. Lazimnya congkak boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup seperti anjung rumah, pondok dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...