DAH SINGGAH…HARAP-HARAP SUDI JADI FOLLOWER BLOG CIKGU LIZA.....ADA MASA DATANG LAGI....

Rakan Cikgu Liza

Rabu, 4 April 2012

Permainan Bahasa



Uji minda dan pemahaman anda dengan permainan bahasa yang berkaitan simpulan bahasa.






Simpulan Bahasa








Ada hati
·         Ada keinginan

Ada jalan
·         Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu
·         Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Air muka
·         Permukaan air
·         Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
·         Maruah, harga diri

Air seni
·         Air kencing, air kecil

Akar umbi
·         Akar tunjang
·         Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
·         Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Ambil langkah
·         Mulai hendak berjalan
·         Mulai bertindak

Ambil berat
·         Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas
·         Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam
·         Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

Ayam tambatan
·         Orang harapan



Baik sangka
·         Rasa muhibah
·         Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Batu loncatan
·         Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Beradu nasib
·         Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga
·         Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berat tulang
·         Malas

Beri jalan
·         Memberikan idea
·         Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

Bermurah hati
·         Suka memberi, tidak kedekut
·         Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh
·         Malas berusaha

Berputih mata
·         Kalah dalam sesuatu persaingan

Bidan terjun
·         Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba

Buah fikiran
·         Pendapat

Cahaya mata
·         Anak
·         Kekasih, buah hati

Cakap besar
·         Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan
·         Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
·         Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Celik computer
·         Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan
·         Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

Darah daging
·         Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas
·         Pemarah, lekas marah

Darah seni
·         Bakat semula jadi dalam bidang seni

Durian rintuh
·         Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Goyang kaki
·         Bersenang-senang

Hancur hati
·         Sedih, putus asa

Hati kecil
·         Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Jantung hati
·         Orang yang dikasihi

Kacang hantu
·         Orang jahat

Kaki joli
·         Orang yang suka berfoya-foya

Kecil hati
·         Berasa tersinggung

Keras lidah
·         Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Lidah tidak bertulang
·         Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan
·         Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

Lintah darat
·         Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin
·         Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Mata hati
·         Perasaan hati

Mati kutu
·         Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Menangguk di air keruh
·         Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata
·         Menyakitkan pandangan

Mencari jalan
·         Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Nafas baru
·         Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

Lidah tidak bertulang
·         Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya




Otak cair
·         Pandai

Panas baran
·         Cepat marah, sangat pemarah

Perang dingin
·         Bergaduh dengan tidak bercakap

Ringan mulut
·         Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

Ringan tulang
·         Rajin bekerja, tangkas

Tajam akal
·         Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Tangan kosong
·         Tidak membawa apa-apa

Tangkai jering
·         Kedekut

Tulang belakang
·         Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan







Untuk latihan klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...